Source: Berita Harian, ‘Prestasi akademik cemerlang, aktiviti luar kuliah gemilang’, Sabtu 16 Ogos 2008, p7
…Encik Alfian, 24 tahun, kapten pasukan sepak takraw NUS, juga mendapati penglibatan dalam sukan menajamkan mindanya dan memupuk disiplin dalam dirinya.
Meskipun menghabiskan banyak masa berlatih, pelajaran anak sulung tiga beradik itu tidak pernah terabai.
“Saya dapati sukan ini telah membantu dalam pelajaran saya - saya kini lebih pantas berfikir dan dapat fokus dengan lebih baik,” kata lulusan Sarjana Muda Sains itu.
Encik Alfian, yang merupakan anak bekas pemain nasional, Encik Zolkipli Jaffar, mengasahkan bakatnya dalam sukan itu sejak dari kanak-kanak lagi.
Sebagai kapten, beliau menggunakan peluang yang ada untuk meningkatkan kesedaran dan menarik penyertaan mahasiswa ke dalam sukan sepak takraw.
Encik Alfian juga memanfaatkan platform itu untuk menyarankan agar sebuah pertandingan sepak takraw antara institusi pendidikan tinggi diadakan.
Ideanya diterima dan buat julung-julung kalinya pertandingan melibatkan empat politeknik dan dua universiti diadakan tahun lalu…

August 17th, 2008 at 9:58 pm
Haha… “…saya kini lebih pantas berfikir dan dapat fokus dengan lebih baik…”
Baik lah.
August 17th, 2008 at 10:05 pm
Sungguh hensem.